02 April 2012

International Islamic University Malaysia (IIUM)

International Islamic University Malaysia (IIUM) is a leading islamic university in Malaysia that gather students from around the world. Located at the centre of hillsides in state Selangor, the university is the best choice for learning. The university called for talented individual to join its academic & non-academic team to keep providing excellent teaching to its students. Available positions are:

  1. Professor, Associate Professor & Assistant Professor (Nursing, Engineering, Pharmacy, Islamic Revealed Knowledge, Economics & Management Sciences)
  2. Academic Trainee (Master/PhD) - Engineering, Science,  Economics & Management Sciences, Architecture & Environmental Design, Information & Communication Technology, Laws,  Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences, Dentistry, Nursing, Allied Health Sciences)
  3. Matriculation Teacher/Lecturer - Centre for Foundation Studies
  4. CELPAD Teacher/Lecturer - Centre for Languages & Pre-University Academic Development
Closing Date: 31st December 2012

01 April 2012

Bisnes Kerja Dari Rumah #1: Dropship

Program dropship bukan perkara baru di kalangan para usahawan internet masakini. Program ini mula medapat perhatian ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ketika teknologi internet semakin digilai ramai. Individu yang berminat menceburkan diri di dalam bisnes dropship perlu memahami konsep asas di sebalik program ini, supaya dapat menilai samaada program perniagaan seperti ini sesuai buat anda dan juga sebagai panduan bagi yang berminat untuk mencuba. Berikut adalah carta alir secara keseluruhan bagaimana program dropship dijalankan:

Gambar dari laman web http://www.sinarniaga.com/

Secara asasnya, individu yang menjalankan bisnes dropship memiliki banyak kelebihan antaranya:
  • Tiada risiko kerugian kerana barang rosak atau tidak laku, kerana program ini tidak memerlukan penyimpanan stok barang
  • Tidak perlu bersusah-payah menguruskan penghantaran barang kerana urusan ini dikendalikan oleh pihak dropshipper

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan di dalam sistem ini, iaitu:
  • Risiko nama perniagaan tercemar akibat penghantaran barang yang lambat, perlu diingat bahawa dropshipper akan menyatakan nama perniagaan kita pada barang yang dihantar
  • Ganti rugi kepada pembeli sekiranya barang tidak dihantar langsung kepada pembeli (ditipu dropshipper)
  • Proses yang memakan masa dan mengelirukan sekiranya perlu memastikan terlebih dahulu dengan pihak dropshipper berkenaan jumlah stok yang ada bagi sesuatu barang

Menjalankan perniagaan dropship memerlukan kemahiran untuk membuat promosi di mana ia adalah asas utama bagi mendapatkan keuntungan. Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan bagi mendapatkan pelanggan:
  • Jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Yahoo Messenger dll.
  • Emel
  • Blog dan laman web
  • Pamplet
  • Google Adwords

Perlu diingatkan bahawa menjalankan perniagaan secara dropship memerlukan kesabaran dan teknik promosi yang berkesan. Bagi individu yang berminat untuk memulakan perniagaan dropship, anda perlu memahami terlebih dahulu konsep disebalik perniagaan ini. Lakukan kajian anda dengan melihat bagaimana orang lain yang telah berjaya melakukannya. Ianya nampak mudah, namun jika tidak kena dengan caranya, boleh mematikan semangat untuk berniaga online dan mungkin lebih buruk mendatangkan kerugian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...